Tuesday, April 26, 2011

AnWAR AJAR AZMIN KURANG AJAR?


1. Mustafa Ali telah menjadi Naib Presiden PAS ketika Azmin masih lagi di bangku sekolah. Cikgu Pa ini juga telah menjadi Timbalan Menteri di saat Azmin masih lagi budak hingusan merengek minta ibunya wang belanja untuk ke sekolah. Namun kini, Azmin cukup kurang ajar dengan setiausaha agung PAS itu.

2. Komen AnWAR depan penyokong PAS, "Azmin mmg kasar, kurang ajar, maklum saja orang muda". Di hadapan Azmin dan juak-juak PKR, " bagus Azmin bantai PAS macam tu, PAS memang kurang ajar!". Dua komen yang berbeda ekstrimnya keluar dari seorang tokoh yang amat dikenali dengan perwatakan sesumpahnya!

3. Azmin memang kurang ajar. Saya percaya ibubapa Azmin tidak pernah mengajar beliau bersikap begini. Yang mengajar Azmin bersikap begini ialah AnWAR! Tanya kepada Dr. Siddiq Fadzil, Kamaruddin Jaafar, Ustaz Ghani Shamsuddin dan Ustaz Ahmad Awang betapa kurang ajarnya Azmin kepada mereka hingga sekarang.

4. Jangan ditanya kepada sahabat-sahabat lama AnWAR yang cenderung kepada kerajaan, nanti dikata ini semua konspirasi kerajaan mahu menganiaya AnWAR dan Azmin! Kisah Azmin kurang ajar ini bukan cerita baru, namun yang memeranjatkan ialah kesediaan Mustafa Ali membuat 'U-turn' dan menyalahkan pihak media pula.

5. Maka dipersalahkan pula Utusan Malaysia! Sudahlah masyarakat Cina kini agresif 'menyerang' Utusan Malaysia melalui DAP dan MCA, kini ditambah pula dengan sikap PAS yang baling batu sembunyi tangan. Takut sangat ke kehilangan sokongan bukan melayu kerana mengesyaki keperibadian AnWAR?

6. Takut sangat ke dengan pengaruh AnWAR yang kian melebar dalam PAS? Di mana pendirian sayap-sayap PAS seperti Dewan Ulama', Dewan Pemuda, Dean Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS dalam mempertahankan pemimpin mereka? Perkataan Azmin "seorang yang sudah tidak relevan tetapi mahukan perhatian" cukup mengguris hati PAS!

7. Namun tiada ada seorang pun dalam PAS yang bangkit menentang kenyataan habis-habisan. Jika ada yang mempertahankan pun, media arus perdana juga yang disalahkan. Maka benarlah telahan masyarakat, DAP dan PKR tetap beraja di mata dan bersultan di hati PAS! Jangan disalahkan measyarakat kerana melabel PAS sebagai 'pak turut' DAP dan PKR.....

Sekian.........

2 comments:

Anonymous said...

Betul tu Bro..........

Mohd said...

Ini semua adalah disebabkan PAS ambil duit dpd Anwar dan Azmin utk perbelanjaan parti PAS. PAS perlukan undi kaum Cina dlm pilihanraya.