Monday, May 18, 2009

AnWAR MELUTUT?

AnWAR semakin terdesak menanti Julai – perbicaraan kes liwat beliau. Kini beliau akan mengguna apa jua ruang bagi melepaskan diri dari perbicaraan terbuka di mahkamah.

1. SAH! AnWAR cuba mengusulkan pertemuan dengan DS Najib, namun AnWAR membuatnya seolah-olah pihak kerajaaan yang terdesak mahu berjumpa beliau. Mainan AnWAR, kerajaan negeri Perak diserahkan kepada BN. Sebagai balasan, AnWAR minta kes liwatnya digugurkan. PAS dan DAP bakal dipermainkan AnWAR demi melepas diri sendiri.

2. AnWAR dengan muka selamba menyatakan kepada penyokongnya, DS Najib yang beria-ia mahu berjumpa beliau bagi menyelesaikan ‘beberapa’ perkara. AnWAR ‘mengkhayalkan’ penyokongnya konon mereka kini di ambang kejayaan dan ‘kuat’ untuk menekan BN di Perak. Atas alasan itulah beliau ‘sudi’ menerima pelawaan DS Najib untuk bertemu…kononnya!!!

3. Selepas dibebaskan dari penjara 2004, AnWAR cuba membina hubungan dengan Tun Mahathir bagi mengalahkan Pak Lah. AnWAR memberitahu penyokong rapatnya, Tun Mahathir yang nak sangat berjumpa beliau dan sebagai seorang yang pemaaf, beliau sudi untuk berjumpa Tun.

4. Sebenarnya AnWAR cuba nak berpakat dengan Tun bagi mencapai cita-citanya menyisihkan Pak Lah. Tun amat mengetahui taktik AnWAR. Beliau menerima ‘utusan’ AnWAR, Andrew Leong. Sebagai seorang yang berpengalaman, Tun mencadangkan AnWAR menulis secara rasmi hasrat menemui beliau.

5. AnWAR enggan, kerana beliau tahu pembohongannya pasti terbongkar jika beliau menulis secara rasmi. Ada bukti mengesahkan AnWAR yang memohon untuk menemui Tun nanti. Saya pasti Tun juga tahu ‘auta’ AnWAR, kerana itu Tun secara sinis mencadangkan AnWAR menulis surat kepada beliau. Akhirnya pertemuan tersebut tidak menjadi kenyataan kerana AnWAR tidak mahu menulis secara rasmi kepada Tun. Kita optimis, DS Najib juga tahu taktik AnWAR ini!

6. Mengenali AnWAR, beliau tidak akan merendah diri meminta sesuatu dari orang lain yang pernah duduk di bawahnya. DS Najib pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO tatkala AnWAR Ketua Pemuda. Tambahan pula sekarang ini, AnWAR mendakwa dalam keadaan yang ‘cukup kuat’ untuk berhadapan dengan BN.

7. Pasti kes liwat ini benar-benar merisaukan AnWAR, jika tidak masakan beliau kini ‘gabra’ dan ‘ghaflah’ merancang itu dan ini sementara menanti Julai yang kian menghampiri detiknya………..

Salam Hormat.

18 comments:

Anonymous said...

jangan bagi lagi peluang pada aNwar utk melepaskan diri.

biar mahkamah yang menentukan. sudah byk perkara yang dilakukan sehingga rakyat sudah hampir lupa kes tersebut.
bijak, bijak.

diharapkan DSN tidak melakukan kesilapan seperti apa yg pernah dilakukan oleh seseorang sebelum ini.

Anonymous said...

bro,

tak sabar nak dengar auta al-jub ni masa bicara kes liwat nanti...


*3some*

Anonymous said...

hahaha...then ckp ngan anwar...tik tok tik tok tik tok...bom dah nk meletup...

The Hobbit Frodo said...

muhahahhahahhahahhahahaha (gelak dengan kejamnya!!!!) padan dengan muka kau pak sheikh!

Syeikh Al-Hafiz said...

Artikel yang bermanfaat dan membuka mata penyokong taksub anwar brahim

x-pkr said...

ntah saper (Anon),,,

setuju!

3some,,,

dia pasti auta lagi, tapi taktiknya diketahui kini!

sheikh Al Hafiz,,,

bantuan sdra juga perlu utk menerangkan ini.

najamarine said...

kesian dengan pengikut tegar AnwarIBrahim...

sanggup menipu janji kedudukan mereka selamat di samping AnwarIBrahim.

kedudukan sementara itu yg di kejar.kenapalah sempit sangat pemikiran diaorg ni..

ANWArIbrahim juga pernah selesa menyusun kroni2nya semasa dalam kerajaan tetapi Allah maha berkuasa,tidak lama segala tembelangnya dapat di hidu org..sampai sekarang percubaan dia tidak pernah berjaya.perjuangan sesat,meghancurkan dan merosakkan segala2 dan memecahbelahkan perpaduan yg sedang rakyat MALAYsia kecapi..

kata mereka kerosakan yg di lakukan kerana tidak di beri peluang berkuasa!!..ayat neraka jahanammm

garamanis said...

SALAM ZIARAH,

BRO, KITA KENA INGAT..PAK SHEIK TIDAK SEHEBAT MANA KERANA DIBELAKANGNYA TERLETAK PENASIHAT YAHUDI YANG LEBIH SENANG MEMBERI SEBELUM MEMBAHAM DENGAN RAKUSNYA.

SEMOGA KEBENARAN BULAN JULAI AKAN MEMBUKA MATA DAN MINDA PENYOKONG-PENYOKONG TEGAR YANG TAKSUB AKAN TAWADUK PALSUNYA.

x-pkr said...

najamarine,,,,

ulasan yg bernas! Kedudukan sementara yg 'glamour' itulah yg sering dicari.

garamanis,,,,

AnWAR ttp mencari helah mahu menangguhkan perbicaraan lagi. Jgn ambil mudah helah itu.

kuat dan rapatkan barisan kita !!

megat said...

zaman sekarang ni.. tipu lagi sedap dari yang benar,

mcm mcm boleh tipu,takde hal, serupa la anwar,bab tipu adalah sebahagian dari kalam mulut dia,

sesiapa yang pernah tertipu oleh anwar mesti faham sangat taktik & style anwar menipu rakyat.

rakyat malaysia terutama penyokong anwar hari hari makan cerita penipu anwar, di tambah pulak dengan askar askar penipu rakyat,maka makin ramai yang tertipu

kefful ahnuar said...

tuan,

1. saya nak tanya sesuatu..kenapa setiap kali anwar berucap mesti ckp najib monggol..yang peliknya dia xbuat laporan polis nak sabitkan najib. dan kenapa penyokong pkr benar2 percaya dgn gambar yang tian chua edarkan padahal sudah terbukti yg gambar tersebut benar2 palsu.

2. bagaimana cara anwar boleh mengelirukan penyokong pkr sehinggakan perkara tidak benar menjadi benar2 belaka..

harap tuan dpt memberi jawapan dengan segera.

Parpu Kari said...

BRO, PENDEDAHAN U MEMANG TERBAIK BRO! UR THE BEST BRO! KEEP IT UP!

SAYA AKAN AMBIL ARTIKEL U MENGENAI RAJA PETRA, NAK ULAS SIKIT LA BRO, HE HE HE

x-pkr said...

kefful ahnuar....

penyokong AnWAR cukup fanatik dgn beliau, mrk menyokong secara membuta tuli tanpa mengira apa jua tindakan AnWAR.

AnWAR juga licik memainkan emosi penyokong! bila penyokong marah, beliau berlembut memujuk, bila penyokong berlembut, beliau tegas kononnya...

bro parpu,,,

my pleasure, sebarkan utk manfaat bersama!

megat,,,

setuju!

x-pkr said...

kefful ahnuar....

penyokong AnWAR cukup fanatik dgn beliau, mrk menyokong secara membuta tuli tanpa mengira apa jua tindakan AnWAR.

AnWAR juga licik memainkan emosi penyokong! bila penyokong marah, beliau berlembut memujuk, bila penyokong berlembut, beliau tegas kononnya...

bro parpu,,,

my pleasure, sebarkan utk manfaat bersama!

megat,,,

setuju!

rauna said...

sungai buloh oh sungai buloh ko akan menjadi teman setia ku..aku rindu akan keheningan mu. aku tak kan meninggalkan mu lagi..itu janji ku dengan isteri ku,anak2 ku dan barua2 ku, ini lah neraka idaman ku..kpd isteri tersayang maafkan abg kerana menduakan kan mu dgn lelaki lain..( gurindam jiwa - aljuburi )

antipkrsarawak said...

KEPUTUSAN BN TIDAK MELETAK CALON DI DUN PENANTI ADALAH TEPAT!

INI KERANA BN TIDAK PERLU MENGIKUT DAN TERIKUT2 RENTAK PERMAINAN POLITIK ANWAR.

SELAMA INI BN DILIHAT TERIKUT2 DENGAN RENTAK DAN TARI ANWAR HINGGA MEMAKAN DIRI BN SENDIRI.

ALHAMDULILLAH SEGALA PERMAINAN DAN CONGAK KIRA ANWAR DAPAT DIHIDU OLEH BN.

TINDAKAN "MELAWAN ARUS" SEPERTI INI SEBENARNYA MAMPU MELIBAS DIRI ANWAR.

ANWAR SUDAH TENTU AKAN TERASA DENGAN CHECK-MATE NAJIB KALI INI.

TINDAKAN BIJAK SEPERTI INI SAMA SEPERTI KETIKA PERAK JATUH KE TANGAN BN....

Mat Yie said...

Ish..ish..dasat lu punye pendedahan bro..keep it up!!
Aku pun tgh tunggu ape lagi Anwar nk buat lepas ni.
Tapi kan aku dgr la.. aku tak tahu betul ke tak,Anwar ni masa dalam ABIM dulu lagi die dah wat hal ni..kalau tanye kawan2 politik die yang sama2 dalam ABIM dulu tahula..
Hehehehe..

x-pkr said...

rauna,,,

gurindam yg syahdu !!! ha..ha..ha

antipkrsarawak,,,

ulasan yg menarik, pasti AnwaR dah mula terasa-rasa kini.....

Mat Yie,,,,

sama-sama kita tanyakan dari org lama ABIM.