Thursday, May 14, 2009

'TANGAN GHAIB' AnWAR

Sudah terang lagi bersuluh! Benar seperti yang telah diulas sebelum ini.

1. Pembangkang mengumumkan akan bertemu bagi membincangkan kemelut politik Perak hari ini. Mereka merancang mengeluarkan kenyataan bersama agar nampak mereka bersepakat dalam hal ini.

2. Muka hadapan HARAKAH hari ini terpampang kenyataan YB Mahfuz Omar menyifatkan ada ‘tangan ghaib’ di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak.

3. 2 manusia erdogan Selangor yang telah disebutkan memang ‘panjang akal’. Seorang professional, seorang lagi punya kelulusan tinggi. Maka mereka gunakan rakan ‘pak turut’ yang gila glamour nak jadi ‘hero’ tanpa fikirkan implikasi undang-undang untuk keluarkan kenyataan.

4. ‘tangan ghaib’ yang cuba mencampuri urusan mahkamah sebenarnya ialah AnWAR! Ramai yang tidak menyedari hal ini. Bagi pembangkang, majoriti hanya ghairah mengikut AnWAR tanpa mencari fakta yang sebenar! Sokong boleh, tapi harus terbuka minda mencari kebenaran hakiki! Jangan ikut membuta tuli sahaja.

5. Hakim Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah kenalan rapat AnWAR. Datuk Ramly Ali pernah menjadi Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat. Datuk Ramly dan seorang lagi bekas hakim, Datuk Zainon Ali cukup rapat dengan AnWAR.

6. Hubungan akrab mereka seperti keluarga. Selepas AnWAR ditangkap 1998, nama mereka berdua pernah dikait kerana punya hubungan akrab dengan AnWAR. Berlatar belakangkan pendidikan perundangan, mereka faham tugas pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Datuk Ramly dan Datuk Zainon amat professional sekali.

7. AnWAR menjangka Datuk Ramly akan menyebelahi beliau dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tapi jangkaannya meleset. Bertindak atas prinsip keadilan yang telus, Datuk Ramly Ali membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang beliau buat berpandukan prinsip ketelusan keadilan yang beliau praktikkan selama ini.

8. Seperti biasa, bila sesuatu tidak berpihak kepadanya, AnWAR mula menyerang. Kini dengan menggunakan pecacai pembangkang, AnWAR cuba ‘membunuh’ karektor Datuk Ramly dengan menyatakan itu dan ini tentang Datuk Ramly.

9. Pihak kerajaan harus membela Datuk Ramly. Bela lah beliau bukan kerana keputusannya berpihak kepada kerajaan, tetapi kerana beliau seorang yang berprinsip dan sentiasa menjunjung tinggi ketelusan keadilan di Malaysia. Jangan biar AnWAR membunuh jiwa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dengan tipu muslihatnya!

10. Tahun 1997, AnWAR pernah mengutus pegawainya menemui Hakim Mahkamah Tinggi di Wisma Denmark KL ketika itu, Datuk Mohd. Nor Ahmad bagi membantu kes beliau berkaitan buku 50 dalil. Bila hakim tersebut enggan berkompromi, beliau sempat ‘ditendang’ keluar oleh AnWAR ke Shah Alam.

11. AnwaR juga pernah memanggil bekas Ketua Hakim Negara, Tun Yusof Chin ke rumahnya beberap kali ketika kes buku 50 dalil masih masih belum selesai. Tiba-tiba hakim perbicaraan pula ditukarkan serta-merta. Prinsipnya, pada bila-bila masa atau apa keadaan sekalipun, cabang eksekutif tidak boleh memanggil cabang kehakiman di mana jua sekalipun!

12. Apakah ini bukan campurtangan namanya? Apakah bila AnWAR yang buat, maka ianya tidak, bila orang lain, ianya benar? AnWAR boleh saja terus berpura-pura menutup kejahatannya, namun penyokong harus berusaha mencari kebenaran! Bukan untuk mengaibkan tapi harus punya fakta tentang siapa yang kita sokong, kerana kita akan disoal kemudian hari nanti…….

Salam.

17 comments:

anafiqir said...

bang... masa berkuasa memang ramai yang jadi kawan baik, saudara sedarah dan macam2 lagi...

kalau dah jatuh... banyak yang hilang

Semblong Boy said...

Bro x-pkr

Minta kalau boleh bongkar lagi rahsia si Anwar ni supaya dia tak leh lagi bernafas.

Masa dia dalam UMNO pun dulu dia dah banyak buat hal dan masih ingat lagi Boy semasa dia datang merasmikan Mesyuarat UMNO bahgian di Johor. Apa yang dia bawa untuk mencapai cita2nya masa tu.

Teruskan bongkar bro x-pkr.

najamarine said...

salam saudara..

sejak saudara menulis di blog semakin ramai yg inginkan kebenaran daripada tulisan saudara.
tahniah.(bukan bodek takde kepentingan pun).

kami memang dah nampak kerakusan ANwarIbrahim ni memonopoli semua jabatan kerajaan sehinggalah sistem perundangan kehakiman sejak beliau dalam kerajaan lagi.

tidak apalah penyokong2 mereka tidak mahu menerimanya tetapi pendedahan saudara boleh menguatkan lagi andaian2 mereka yg berada di atas pagar agar tidak tergelincir dan terpedaya dengan kelicikan AnwarIbrahim...

p/s pendedahan/komen saya di blog KERAJAANRAKYAT telah di 'delete' kerana takut di baca oleh pengikut2 mereka yg telah di buta tulikan..kasihan

Anonymous said...

'tangan ghaib' tu jugak memaksa tuan hakim keluar keputusan pada pukul 1.20 pm (lunch hour). memang cepat & efektif..

tapi besoknye mahkamah rayuan LEMBAP seperti sediakala.. adakah ini keroje 'tangan ghaib (Anwar)' kamu??

ceghodik buah pelior..

Anonymous said...

aitt bro...

kapan ke blogspot? tembak bro, jgn tak tembak!

kadang2 anwar nie tgn dia mcm tokong hindu! byk tangan dia. atas kepala pun macm2 pakai. pasal tu la kdg2 tu mmg kita tak kenal dia langsung! buat malu org kpg jer....

cher rock tork coon.

x-pkr said...

anafiqir...

saya percaya masih ada insan yg menghargai persahabatan sejati!

cerita sahabat meninggalkan sahabat yg ditimpa musibah perlu diperhalusi. tidak semua yg begitu!

ada juga yg menjunjung nilai perjuangan sejati! meninggalkan persahabatan demi kebenaran.

mrk jadi mangsa akibat tohmah bobrok dari sahabat yg telah ditinggalkan.

semblong boy,,,,

syabas! sdra juga harus berperanan menyedarkan yg lain. kata wonder pets, "Apa yang penting".... KERJASAMAAA....

sdra najamarine,,,

tiada apa pada saya! sdra perlu manfaatkan setiap ruang menegakkan kebenaran! kebenaran bukan ada pada mrk saja, ianya juga ada dgn kita!

ceghodik buah 'tutt...'

minda harus terbuka! jgn kita hipokrit menerima tiap yg tidak berpihak kpd kita.

Prinsip keadilan bukan utk pembangkang shj, ia juga utk kerajaan!

cher rock tork coon,,,

welkam 2 blogspot!

Medan Info Kita said...

marilah kita sama sama bogelkan anwar..!!!

x-pkr said...

bro medan...

aku nak bogelkan dia dari jauh jer....seram bila dia bogel dekat kita weiii...

HA..HA..HA..HA..HA..........

bijen moretti said...

kalo da buta tu mmg tetap buta..
ikot membabi buta..
walaupun salah tapi nampak mulia di hati mereka..
haish..
dialah 'pejuang' melaysia..
hahaha..

rauna said...

tangan2 ghaib anWar la yg membuat ramai jantan terkulai layu....eeiii

Pejuang Bangsa said...

tahniah sdr ..

sy pun tidak mengetahui mengenai hubungan hakim ini dgn Anwar .walaubagaimanpun Hakim ini bijak dan bersikap adil .

tak sangka jg Anwar semasa dlm BN dulu byk mempengaruhi hakim2 ...

x-pkr said...

bijen moretti,,,

'pejuang'? saya setuju dgb sdra. beliau sebaliknya.

Rauna,,,

tgn kanan atau kiri? ha..ha..ha

pejuang bangsa,,,

AnWAR kuasai segenap ruang pemerintahan ketika itu, namun menceritakan org lain yg menguasainya!

kucing pembela said...

Salam Terjah ~~~

Tulisan & jawapan saudara penuh berhemah. Teruskan ... Biar pun dari mana asal kita, tapi demi agama Islam & dan keberterusan ketuanan bangsa melayu ... kita harus bertahan!

Rasa hati kami gol. muda mgkin tidak sedalam mereka2 / moyang kita yg berjuang demi menuntut kemerdekaan ... dan hakikatnya ia semakin terhakis dari dalam diri terutama anak melayu itu sendiri ... nah disinilah bermula rentak untuk mnyuburkan semula tunas yg semakin layu itu!!!!

p/s: uhuks (batuk jap ....) encik saper nama? asal mana? ada anak pompuan x? ker adik pompuan kew ... kenen2 lerr kat kita .... huahuahuahuahua (larikkkkkkkkkk)

oh ya .... sila lah terjah chatroll BPN sekiranya ada masa terluang ... kami nantikan saudara. >>> http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed

Mihiahiahiahia (gelak kejam anwar), sempat gak powmot ni!!!! lalalalallalala (berlari sambil bernyanyi riang ria)

wassalam

x-pkr said...

kucing pembela....

salam perkenalan...anak-anak ada lelaki, ada perempuan!!! he3x

golongan muda generasi pewaris zaman mendatang. maka itu harus kuat dan teguh menghadapi gelombang.

hrp sdra/i terus membela agama, bangsa dan negara menurut lunas agama dan undang2 negara.

WaLeH said...

Assalammuaaikum..

Tuan tanah.. Saya quote perenggan 6 hingga 10..

hehe.. nak serang blog Malaysia wave jap guna fakta dari saudara..

Harap saudara benarkan..

x-pkr said...

WaLeh,,,,

Silakan...hrp dpt membantu!!

SpotTheBloggers said...

Opps... U r rated 5 Star Blogger. Pls visit SpotTheBloggers.

Salam Hormat.