Tuesday, May 12, 2009

AnWAR TELAN LUDAH SENDIRI

“Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan.”

Petikan di atas adalah kenyataan AnWAR berkaitan keputusan mahkamah Tinggi 11 Mei 2009 tentang pengesahan DS Nizar masih MB Perak. Bunyinya amat cantik sekali seolah-olah AnWAR adalah warganegara Malaysia yang paling menjunjung tinggi perlembagaan negara serta prinsip demokrasi berparlimen.

Namun pada hari ini Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan yang telah dibuat Mahkamah Tinggi semalam, sekaligus mengekalkan DS Dr. Zambry sebagai MB sekurang-kurangnya hingga proses rayuan selesai.

Semuanya dibuat mengikut perlembagaan dan proses undang-undang yang sah. Saluran mahkamah telah diguna secara telus dan adil! Sebelum ini AnWAR banyak menangguhkan kes beliau di mahkamah dengan mengemukakan rayuan, kini dengan proses rayuan juga AnWAR terkena!

Jangan hairan jika selepas ini AnWAR akan menghentam mahkamah tidak adil, ada campurtangan politik dalam membuat keputusan dan macam-macam lagi. Semuanya bakal dikarang bagi menghalalkan tindakannya.

Jika mengambil langkah berhati-hati, AnWAR tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan mahkamah Rayuan hari ini. Sebaliknya beliau akan memilih pentas ceramah dan persidangan di luar negara untuk mempertikai dan menghentam keputusan mahkamah rayuan.

AnWAR kini semakin tersepit! Jika semalam beliau meludah ke langit, hari ini ludahnya jatuh tertepek di mukanya sendiri. Bagi menutup segala kelemahannya yang makin terserlah, dia terpaksa menjilat segala ludahnya serta menelan kembali bagi membersihkan mukanya agar sentiasa kelihatan berseri…..

p/s: saya sendiri loya menulisnya, namun inilah analogi paling tepat menggambarkan keadaan beliau terkini.

Salam.

14 comments:

aL-MaRBaWi said...

salam tuan empunya blog.

hairan juga mengapa penyokong-penyokongnya tidak perasan akan perbezaan kenyataan yang dibuatnya?

kalau memihak kepada sana, kata adil, kalau memihak kepada sini, tidak adil.

ah, sungguh cetek tahap pemikiran mereka ini. tak ada cara lain kah untuk menyedarkan mereka dari lamunan 'indah' ini?

megat said...

bila dah ludah,nak telan balik kahak tu mmg loya bro..

tapi apa nak buat itu dah jadi amalan anwar ibrahim

blog tuan di link ke
http://pi5au.blogspot.com/

najamarine said...

salam saudara.

saya sendiri loya membayangkannya..

hehehhe...

hakikatnya itulah...

denaihati said...

hanya yang berpengalaman dengan drama Anwar dan boleh berfikir tak ikut emosi je tak terpengaruh dengan cara Anwar berpolitik...aku ada banyak pengalaman terus dengan Dia ni dan kawan baik dia di Indonesia pun kawan baik aku...jadi memang tak akan sokong Anwar...hero pilem hidustan ni.

x-pkr said...

sdra al marbawi...

pesona AnWAR amat kuat buat golongan ini. melawan AnWAR ilmu harus penuh di dada.

apapun kita mendoakan akan terbuka hati menilai AnWAR sebenarnya!

sdra megat!

setuju bro, amat jijik dan meloyakan! mungkin itu makanan AnWAR seharian....dah lali kot, hehehe

t/kasih coz 'link' itu!

sdra najamarine...

saya sendiri masih mual slps menulis hingga skg hahaha!

Anonymous said...

macam mana kalau kita nak b%$#h BABI ni ha...

anak ikan said...

apa pulak...kan ke korang semua tau mahkamah rayuan itu ada....dan terlalu biasa...org buat rayuan selepas kesnya selesai...mmg ikut procedure apa....apa yg masalah nya....hakikat mmg boleh terima tetapi jalannya ada mengikut undang2.. bukannya mcm pkr ...kalau kalau terus huru-hara buat demo.....

Padiyappa said...

Bukan tertelan ludah...tersedak ludah sendiri kot...

fedup said...

AL - Marbawi..

selalunya yang mengatakan tidak adil siapa walaupun mahkamah mengeluarkan keputusan..siapa..sekarang ini table has turn to you guess..amacam..bagai di hiris pisau hati jantung perut kowg..
terima sahajalah..

yang tengah mengelamun indah tu si Nizar dan konco2nya..yang menghairankan mana gie owg kuat PAS..semua DAP yang keliling dia..dia nie PAS ker DAP..

PutraMerang said...

Umno, menang merompak, kalah merampas. Umno ajak Pas bergabung dalam BN untuk memartabatkan ketuanan melayu. Pas ajak Umno bergabung dalam PR untuk memartabatkan islam. Umno/BN kata OneMalaysia. Pas kata Islam for All. Mu takut kat Anwar tu pasal apa? Mesti ada sebab. Bukan kerana sayang melayu dan islam. Kerana sayang kuasa ..... Kuasa tak boleh bawak mati lah brother.

Anonymous said...

Semakin banyak AnWar bersuara, semakin terserlah kebodohan dan kebebalan AnWar..dan kebodohan sendiri akan menghimpit dan terus menghimpit AnWar sampai ke penghujungnya..DEAD END!

Ingatkan terror sgt political tactic si AnWar ni..hehe

BTW, tabik pada MB Zambry..cool & calm..tak gelabah mcm si Nizar..inilah yg membezakan UMNO & PR (tu pun puak PR ni tak reti nk beza & nilaikan)

yus

The Infinity said...

Makin hari makin terserlah kebodohan anwar. Bermula dari episod 16 september hingga ke hari ini tak termasuk lagi kenyataan yang pernah dibuat anwar di dalam blog saiful bukhari

x-pkr said...

anonymous...

samak dgn lumpur dan air bersih 7 kali..jika 'itu' yg dimaksudkan, hahaha....

anak ikan..

kita harus jadi contoh terbaik, kata kita dikotakan. kata-kata tanpa pelaksanaan adalah khianat kpd perjuangan!

padiyappa...

aammaaa...dia shoru shapedek sindri punya hehehe

fed up...

malaysian malaysia mmg begitu!

denaihati...

bantuan sdra perlu utk menghebahkan apa yg sdra tahu mengenai AnWAR!

putraMerang...

salam perpaduan perlu disambut dgn ikhlas! rakyat bukan hak pembangkang, rakyat juga hak kerajaan.

rompakan hak rakyat melampaui batas manusia. pembangkang juga telah melakukannya.

mari kita bergabung membetulkan semuanya demi agama, bangsa dan tanahair tercinta!

Yus...

sdra amat 'terang mata', meminjam kata2 Pak Belalang. teruskan perjalanan dgn menerangi jalan buat teman2 lain.

x-pkr said...

infinity...

saiful bukhari? wow!! Anwar pasti gerun dgn nama itu...