Wednesday, May 6, 2009

SIAPA MUNAFIK?

Saya memetik tulisan AnWAR pada 30 April yang menghentam Biro Tatanegara (BTN) JPM berkaitan kursus yang dilaksanakan oleh jabatan tersebut.

Tulis AnWAR dlm blognya:

Demikian slogan ampuh. Bagaimana pula dengan pengamalan “Satu Malaysia”? Lihat saja mesej perkauman dan asabiyah sempit dalam kursus BTN!

Di media umum dibicara perpaduan satu Malaysia. Tetapi dalam kursus diracuni fahaman Melayu terjerat akibat gelojoh Cina dan muslihat serta khianat Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah munafik namanya?

AnWAR suatu masa dulu pernah menguasai BTN. Menurut sumber, AnWAR adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan dan Perubahan Sikap pada tahun 1989, di mana BTN menjadi sekretariat kepada j/kuasa tersebut.

Semasa menjadi pengerusi j/kuasa ini, AnWAR menggubal kurikulum baru BTN yang dipanggil ‘Program Bina Negara’ bertujuan menerapkan semangat nasionalisme kepada generasi muda dan golongan politik agar cenderung menyokong beliau.

AnWAR merubah kurikulum BTN kepada ‘ultra melayu’ bagi menguatkan jati diri peserta selepas menjalani kursus. Peserta di ‘torture’ dengan semangat kemelayuan melampau ketika sesi ‘qiamul lail’ hingga menangis-nangis seperti orang hilang akal. Intipati ceramah juga diselitkan dengan semangat anti cina yang keterlaluan!

AnWAR juga telah menjadikan BTN sebagai kuda tunggangan beliau mendaki cepat dalam hirarki UMNO. Semua kursus-kursus BTN harus dilihat cenderung kepada AnWAR. Abd. Rahim Dahlan (Rahim King, skg Datuk) menjadi penjana kursus-kursus pro AnWAR pelbagai peringkat.

Pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat (politik) dan pelajar diwajibkan menyertai kursus BTN yang menerapkan ‘AnWARisme’ ketika itu. Hingga menghadiri kursus pun diwajibkan berpakaian putih ‘bertali atas bahu’. (ketika itu AnWAR sinonim dgn pakaian itu)

Aktiviti-aktiviti semasa kursus seperti ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) semuanya mesti bersifat AnWARisme. Buku ‘Training for Trainers’ yang diterbitkan oleh International Institute of Islamic Thought (IIIT) menjadi kitab rujukan program latihan yang dianjur BTN atas arahan AnWAR.

Selain mengagungkan AnWAR dalam kursus BTN, satu segmen khas ‘membelasah’ PAS diwujudkan AnWAR dalam kursus BTN. Cara AnWAR amat halus sekali, iaitu membawa idea masyarakat madani untuk dibahaskan dalam kursus-kursus BTN sekaligus menolak konsep negara islam gagasan PAS ketika itu (tahun 90-an).

Apabila BTN telah ‘dilacurkan’ oleh AnWAR, sebilangan pegawai kerajaan yang berpegang kepada profesionalisme perkhidmatan mempertikaikan kewajaran AnWAR ‘melacurkan’ BTN. Mereka ini telah ditukarkan AnWAR serta-merta dan digantikan dengan pegawai yang cenderung menyokong beliau. Penyelia-penyelia yang tidak sehaluan dengan AnWAR dalam politik juga disingkirkan.

Kemuncak ‘pelacuran’ BTN oleh AnWAR adalah semasa AnWAR berhajat melawan Tun Ghafar sebagai Timbalan Presiden UMNO. Jentera BTN ada di seluruh negara mengawasi bahagian-bahagian UMNO agar mencalonkan AnWAR sebagai Timbalan Presiden. Siapa yang enggan mematuhi arahan AnWAR ketika itu ditukar serta-merta!

Begitulah cengkaman AnWAR dalam BTN diceritakan seorang sahabat saya yang kini bertugas sebagai guru di Kelantan, setelah ‘dibuang’ dari BTN pada tahun 1990 kerana enggan terbabit dalam kempen AnWAR menentang Tun Ghafar. (untuk rekod, BTN mengambil pegawai dari pelbagai perkhidmatan [pelajaran, PTD, kejuruteraan dsb] bagi mengisi kekosongan).

Pertanyaan saya di sini, siapakah lebih munafik, adakah orang yang melaksanakan, atau orang yang merancangnya, kemudian menuduh orang lain yang membuatnya?

Salam Hormat.

6 comments:

Piggy Singh said...

Salam Saudara,

Anwar's 180 degrees turn in political direction isn't something new, from ultra-malay ABIM fundalmentalist becoming liberalist.

The truth is Anwar will scavenge anything on earth to ensure the survival of his political career.

Perhaps in days to come Anwar will claim that he is actually a Singaporean!

Wassalam.

Rantong said...

Salam ziarah. Sekadar membuat hebahan. Mungkin ini dapat membantu orang-orang kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

Tungaklangit said...

Salam Sdr X-PKR

saya hargai ulasan saudara mengenai BTN...

sebagaimana sdr kata memang benar anwar lupa bahawa suatu masa dahulu BTN lah yang membantu beliau naik dalam UMNO dan kancah politik Malaysia tapi kini beliau bakar panji-panji BTN kerana ianya tak memihak kepada beliau lagi...

inilah sikap munafik yang tak boleh dipercayai...

anyway selamat berjuang

x-pkr said...

bro singh...

AnWAR boleh apply w/negara singapura coz wife dia Dr. Wan Azizah lahir di Singapura, tak susah utk dipertimbang jika beliau tak boleh pi lagi di malaysia..

Rantong..

t/kasih krn sudi singgah di x-pkr!

bro tungaklangit...

saya mulanya gerun guna word munafik, ttpi setelah AnWAR selamba jer tuduh org lain munafik, saya terus dptkan cerita sahih dari sahabat2 BTN.

perilaaku munafik AnWAR harus didedahkan!

Anonymous said...

dgr kata juga si anwat penah bawak 2 org pegawai tinggi Kementerian Kewangan jadi Ketua Pengarah BTN...

balon belakang.

nasdin said...

cis munafik sungguh si anwar nie! biasa la, mahathir pun penah control BTN!

tapi bila BTN serang dia, dia jwb tanpa kaitkan BTN dgn apa yg dia dah buat, lps tu divert tuduhan kat org lain...

ntah virus apa yg aku nak samakan dgn anwar ni pun tak tau, lagi teruk dari wabak skg si anwar ni......