Sunday, May 3, 2009

TERIMA KASIH SEMUA

Saya amat mengalu-alukan kehadiran semua di blog saya ini. Sokongan anda semua amat saya hargai dan ingati. InsyaAllah saya akan terus berkarya selagi mampu dan terus mengharapkan komen-komen dari teman semua.

saya tidak dapat memuatkan semua tulisan-tulisan saya sebelum ini di x-pkr.com, namun akan cuba berbuat demikian. Kepada yang tiada masalah, harap sudi melayari http://x-pkr.com . Kpd yang punya masalah, insyaAllah saya akan cuba selesaikan masalah tersebut. Maklumlah masih baru dlm dunia maya ini.

saya juga mengharap tunjuk ajar dari blogger-blogger lama untuk terus berkarya sekaligus mendedahkan siapa AnWAR sebenarnya...

Salam Hormat.

11 comments:

Tungaklangit said...

salam bro x-pkr

saya menyokong perjuangan anda selagi islam dan bangsa melayu menjadi agenda anda

salm persahabatan saya panjangkan kepada saudara x-pkr

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro,
Ur on my blogroll,..heheh,..wat else can I say,..(,") Keep up d gud work n keep on blogging to exposed d real bro AnWar n his NWO agenda,.. a devil's advocate,..heheh,..apo nak dikato,..(,")

amirhamzah64 said...

salam,

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada saudara yang sudi menjadi citrawan (istilah ciptaan Datuk Ron Kuda Kepang bagi blogger). Kami perlukan cerita-cerita benar dan apa yang saudara dedahkan menjadi tanggungjawab saudara kerana saudara pernah mendampingi Anwar satu ketika dahulu. Saya amat alu-alukan citrawan yang tidak menabur fitnah ke atas Anwar kecuali perkara-perkara yang benar belaka.

Terima kasih dan tahniah.

x-pkr said...

tungaklangit, bro brotherhood, amirhamzah....

t/kasih atas sokongan yg berterusan, saya amat hargai sokongan semua!

saya sekadar menukilkan pengalaman bersama AnWAR. saya meninggalkan beliau setelah beliau mencabut akar islam dan melayu dari asas perjuangannya!

insyaAllah....kita terus berkarya mendedahkan AnWAR.
TQ

Anonymous said...

Pendedahan yang menarik. Cuma :-

1- Adakah anda bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis.

2- Mengapa tidak mendedahkan identiti anda, kerana terlalu ramai blogger (terutamanya dr UBN) tidak berani mendedahkan identiti mereka. Jika berpegang kepada KEBENARAN, anda mesti BERANI.

3- Adakah anda dari golongan yang kecewa dalam PKR (sekiranya benar anda bekas ahli PKR). POLITIK TERLALU SENI dan macam-macam boleh jadi.

Secara peribadi, baca boleh, percaya jangan (tapis-tapis dan dapatkan dari pelbagai sumber) kerana :-

1- Penulis sendiri tidak telus dengan menyembunyikan identitinya.
2- Terdapat link kepada MUSUH NYATA PKR dan adalah diragui status penulis samaada benar bekas ahli PKR (setakat mana rapatnya dengan anwar).
3- Terdapat pelbagai cara untuk memburukkan musuh politik masing-masing tak kira dari parti lawan atau dalam parti sendiri.

JIKA BENAR, KENA BERANI.

Kamaludin Ibrahim
Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
012-835XXXX

x-pkr said...

sdra kamaludin...

t/kasih atas komen sdra. terpulang kpd sdra membuat kesimpulan, saya menulis dari pengalaman saya.

mengenai identiti saya, insyaAllah akan diketahui juga nanti krn saya amat bertanggungjawab dgn tulisan saya.

Anonymous said...

Maklumat yang saya terima saudara memang orang yang ariff tentang Anwar dan teruskan komen-komen anda demi untuk agama,bangsa dan negara.

Mengenai identiti anda jangan diberitahu dan yang amat penting saya percaya anda adalah seorang yang bertanggungjawab.

teruskan dengan tulisan anda supaya kita semua tahu kebenaran tentang Pak Sheikh.Cukup licik dan merbahaya politiknya.

KAIZER

x-pkr said...

kaizer....

siapa saya tidak penting, yg penting adalah siapa anwar. t/kasih atas sokongan!!

ariy said...

saudara x-pkr, tak perlu dedahkan diri anda. kalau pengkianat buat apa2 perkara buruk kat anda mereka akan tuduh UMNO. lagipun blog pengkianat lagi hampeh tak ada ruang nak komen pun..bacul..ptui...

x-pkr said...

sdra ariy...

spt yg telah saya nyatakan, siapa saya tidak penting, yag penting ialah siapa AnWAR sebenar, disebalik wajahnya yg selamba itu.

t/kasih atas sokongan berterusan

Anonymous said...

Bro... first time joint... tulisan pendedahan yang bagus dan sekarang saya baru sedar perjuangan dgn PKR sia-sia saja...