Sunday, May 17, 2009

AWAS PROVOKASI AnWAR

Saya percaya satu dunia teruja menantikan pengumuman BN samada untuk menyahut cabaran di Penanti. Penyokong BN menantikannya bagi meneruskan kesinambungan perjuangan, manakala pembangkang menanti saat ini bagi 'membelasah' BN menerusi media-media asing tatkala kempen berlangsung nanti.

Semua ini dirancang rapi AnWAR bagi melonjakkan imejnya di mata umum. JANGAN LUPA! Awal Julai nanti AnWAR bakal menghadapi saat getir dalam hidupnya - pebicaraan kes liwat yang beliau cuba tangguhkan beberapa kali atas alasan teknikal.

Bertanding di kawasannya, AnWAR yakin beroleh kemenangan. Bukan itu yang beliau cari sebenarnya. Jika PKR menang, imej beliau di mata umum akan melonjak. 'AnWAR tetap punya sokongan', lapor media pembangkang. Media asing akan melonjakkan imej AnWAR. Jika PKR kalah, akan dilaporkan BN masih dgn perangai lama, penipu dsbnya. SPR bakal dipersalahkan.

Ini yang AnWAR mahu sebenarnya, PUBLISITI (w/pun murahan). beliau tidak peduli itu semua. Publisiti bakal melonjakkan namanya biarpun apa keputusannya nanti, w/pun AnWAR menjangka kemenangan. Publisiti berlebihan terhadapnya nanti akan memberi kesan terhadap masyarakat. Kesannya pada AnWAR, sokongan dan simpati masyarakat kepada beliau akan melonjak.

AnWAR akan menyalahkan kerajaan kerana takut kepada beliau. Perbicaraan itu nanti konon bakal diatur bagi menyekat kemaraannya dalam politik negara. PERSEPSI yang bakal dilontar AnWAR, kerajaan akan mengguna semua agensinya menafikan kebenaran kononnya. AnWAR juga bakal meningkatkan sokongan pembangkang terhadapnya yang mula longgar kini.

Melalui p/raya Penanti, AnWAR akan menggambarkan pembangkang masih bersatu, walhal pakatan pembangkang kian prejudis satu sama lain. Kononnya nanti perpecahan pembangkang hanya mainan media pro-BN.

Bagi menghadapi AnWAR, satu tindakan 'di luar kotak' diperlukan. Tidak perlu terikat dengan taktik konvensional yang sudah lapuk. Perlu tindakan drastik 'luar jangka'. Saya percaya lawan AnWAR semakin matang menghadapi beliau. Usahlah terperangkap dengan mainan AnWAR yang hanya mahukan publisiti bagi melonjakkan dirinya. Rakyat tidak pernah AnWAR dahulukan, yang penting hanya dirinya sahaja.

AnWAR pasti terkedu jika kali ini provokasinya tidak menjadi kerana beliau sememangnya bergantung kepada 'talian hayat' Penanti bagi mempopularkan dirinya!

Salam Hormat.

12 comments:

Mat Yie said...

Bro,
Aku mintak nak link kan url blog ko kat blog aku..tq

Anonymous said...

bro,

analisis yg baik. tulah taktik anwar selama ni pun. umno & bn cepat sgt terperangkap!

kali ni depa duk suspen, umno nak bertanding ke tak di penanti. kalau tak bertanding, tak dak ruang bg anwar utk popularkan diri & membelasah umno & bn!

*3some*

x-pkr said...

bro Mat Yie,,,

no prob bro... silakan!

3some,,,

selama ini AnWAR selesa dgn taktik konvensional lawannya. kali beliau bertemu buku dgn ruas.

AloQStaQ said...

Tepat!
Tolak Penipu Rakyat = Anwar Berahi !

(Dah mula dengaq dari kawan-kawan aku "geng PAS" yang mula muak dengan Anwar Berahi yang suka cakap kelentong!) ... Kesian bebudak PAS & PKR asyik kena "balun" aja dengan anwar! ...

AloQStaQ
http://AloQStaQBlog.blogspot.com

najamarine said...

nampaknye Anwar Ibrahim semakin terdesak...

terdesak dan tersedak..hahahha.

banyak sangat makan serdak ayam.
pendedahan saudara sangat berguna kepada kami yg bukan ahli mana2 parti politik kerana kamilah majoriti yg menentukan keputusan PRU..

yg lebih menariknya,saudara menulis begitu tepat..macam rapat benor ngan dak Anwar tu..hehehe..
tahniah bro x-pkr..

peace.. :-)

x-pkr said...

AloQstaQ,,,,

kita harap PAS buka mata terhadap apa yg berlaku dgn mrk skg. saya kosisten menyatakan..... PAS lebih baik tanpa AnWAR!

sdra Najamarine,,,,

AnWAR mmg terdesak skg. beliau akan guna apa jua ruang yg ada utk selamatkan diri. saya akan ulas lagi nanti.

x-pkr said...

sdra najamarine,,,,

pengalaman mendewasakan kita, diberi peluang berdamping dgn AnWAR!

namun tidaklah terlalu rapat hingga 'bertenggek' dgn dak AnWAR tu... ha..ha..ha !!!!!!!

Anonymous said...

dasyat blog hang ni erk.. hehe...takpe.. saya pun cam awk gak.. PAS lebih baik tanpa Anwar.. kerana beliau la ade istilah kump Edrogan yang menentang para ulama' . Melaga2kan 2 tok guru.. sepertimana yang di habaq oleh Nik Abduh...

Nauzubillah..

Ada menyatakan bahawa saya kedengaran untuk org nak bunuh Anwar.. Wallahu alam

megat said...

heran.. kenapa la org tak nampak perangai syaitan anwar ni..

moga2 seluruh rakyat malaysia sedar,dajal bernama anwar ni merosak kan negara

Tungaklangit said...

TAHNIAH BRO X-PKR

HARAP DENGAN PENJELASAN BRO AKAN DAPAT MEMBER KESEDARAN KEPADA MEREKA YANG MAHU MENERIMANYA..

KITA TAK BOLEH PAKSA ORANG YANG DAH JADI PENGIKUT SETIA ANWAR NI..

TAPI BAGI YANG MASIH MAHU MENERIMA KENYATAAN MAKA BACA DAN FIKIRLAH DENGAN SEBAIKNYA

INGAT KEPENTINGAN ANAK BANGSA KITA DI MASA HADAPAN KELAK..

SALAM

x-pkr said...

ntah sapa (anon),,,

bunuh? ha..ha..ha !! saya masih percaya keselamatan di Malaysia sentiasa terjamin.

Megat,,,

sudah terang lagi bersuluh, namun masih byk yg terkhilaf atas jln yg terang.

shbt saya Tungaklangait,,,

setuju !! dalam agama pun tiada paksaan. kita perlu terus komited mengemukakan hujah utk meyakinkan mrk.

Anonymous said...

aku sokong...
www.sd-malaysia.blogspot.com