Wednesday, May 13, 2009

AnWAR 'PERIOD'?

1. Semalam AnWAR mula marah-marah! kenyataan media beliau 11 Mei 09 tidak lagi menjadi pegangan. Dalam perjumpaan dengan dua manusia erdogan dalam PAS Selangor, AnWAR dah kata ini semua salah PAS yang terburu-buru menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi berpihak kepada DS Nizar.

2. AnWAR 'claim' dia dah tau sejak dari awal lagi ini mainan politik BN yang mahu memerangkap pembangkang bila keputusan mahkamah berpihak kepada Nizar. Bila 2 manusia erdogan PAS Selangor ungkit kenapa AnWAR juga mengeluarkan kenyataan menyokong, siap puji-puji lagi ketelusan mahkamah, AnWAR menyatakan sebagai Ketua Pembangkang beliau wajar berbuat demikian... (isy..isy..isy, ada aja alasannya yer!)

3. AnWAR juga turut pertikai kenapa wakil rakyat PAS Perak tidak turut serta dalam 'drama' mengepung speaker baru. Menurut AnWAR lagi, pembangkang (dia sebut PR) patut mesyuarat segera sebelum masing-masing mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza, "nampak sangat kita tiada kesepakatan, nanti orang confuse (keliru)" tambahnya lagi. PAS sokong gila-gila, DAP ttp nak p/raya semula. PKR menurut AnWAR, masih yang terbaik kerana patuh kepadanya serta tiada kenyataan rasmi selain kenyataannya.

4. Depan 2 manusia erdogan ini, AnWAR turut memperlekehkan DAP yang menurutnya bakal menakutkan orang melayu Perak. Menurut AnWAR memang mereka nak p/raya semula tapi biarlah desakan itu datang dari rakyat, bukannya dari parti politik yang menunjukkan parti ada kepentingan. Desakan DAP itu nampak tak berapa cantik katanya.

5. AnWAR mengarahkan 2 manusia erdogan ini menggunakan 'orang mereka' dalam Harakah bagi menunjukkan keputusan Mahkamah Rayuan berat sebelah, manakala beliau akan arahkan PKR berbuat demikian dalam Suara Keadilan. Tulisan mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan harus konsisten dan mantap agar penyokong tidak pertikai kenyataan AnWAR, PAS dan DAP sebelum ini. (AnWAR tidak sebut apa-apa mengenai suratkhabar DAP)

6. AnWAR kini semakin membuka tembelangnya. Mungkin beliau membuatnya dalam keadaan sedar, namun hambatan terkini memaksa beliau bertindak sedemikian. Mungkin juga AnwAR percaya 2 manusia erdogan ini terlalu taksub dengan beliau hingga sanggup berkompromi dalam politik kotor beliau. (Utk rekod, saya optimis masih ada insan dalam PAS yang jijik dengan mainan kotor AnWAR)

Rumusan saya dari tindakan AnWAR ini, nak main politik, mainlah, tapi jangan sampai kita memanipulasi apa ruang jua ruang yang ada mengelirukan masyarakat. Perlu ada etika bagi mengawal kita dari tersesat jauh.

AnWAR kini mula terasa sakit di sendi-sendi beliau, matanya mula berair dan hidungnya mula berhingus. Jika dulu beliau sering menelan ubat "pain killer", sekarang ubat tersebut kurang berkesan kerana virus berkaitan telah 'immune' dengan ubat tersebut......atau apakah AnWAR telah tersalah menelan ubat. Pain Killer utk sakit sendi ialah 'arcoxia' tetapi AnWAR telah menelan pain killer 'synflex' yg dibuat khusus untuk wanita datang bulan bagi menahan kesakitan. Mungkin saja kerana perangai AnWAR begitu 'moody' dan emosinya tidak begitu stabil! Mungkin wajar Wan Azizah memberikan nasihat yang betul....ha..ha..ha

Sekian.

20 comments:

Syammil said...

salam bro x-pkr..

hebat blog bro ni.mana dapat smua info yg cantik, menarik dan tertarik ni?

teruskan perjuangan bro untuk mendedahkan kekejian manusia yang bernama anwar ni.semoga pendedahan demi pendedahan ini akan membuka mata semua terutama penyokong pakatan sendiri.

wassalam..

Johor Antique Strores said...

hehe..indah susunan kata kata.
bro,pasang jerat terlimbat ke muka sendiri..kata orang tua aku,.tapi aku tak pernah jumpa dalam buku peribahasa pun..hahaha

Sakit Pinggang said...

arcoxia painkiller mahal, beb

ladybird said...

Kesian anwar ye, semakin hari semakin tersepit.

Banyak benda silap yang kau buat anwar, sekarang benda tu menghambat diri kau semula dan akhir sekali akan memakan diri kau sendiri.

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

x-pkr said...

sdra syammil....

tiada yg hebat mengenai x-pkr, insan kerdil biasa saja.

punya pengetahuan ttg 'akal auta' AnwAR yg wajar dikongsi utk kebaikan bersama.

t/kasih atas sokongan!

sdra TeLaGi..

kpd siapa pun sdra tujukan ia, mmg slalu akan terkena diri sendiri. ingatan yg bagus utk semua termasuk diri saya agar kita tidak lalai menunaikan tanggungjawab.

sakit pinggang....

yg mahal pun dah tak berkesan buat beliau, bayangkan betapa tegarnya beliau...hahaha!

ladybird...

t/kasih krn sudi mampir!

saya juga mengikuti blog anda. keras dan mantap!

Singh Is Kinng said...

Salam Mr X-man,

It puzzles me who exactly are you? No outsiders are capable of knowing the minute details.

Saya telah mengagak keputusan mahkamah tinggi akan memerangkap kem AnWAR. Beliau sekarang kehilangan modal untuk dijaja kepada pengikut setia. Nak kutuk mahkamah depa dah terima keputusan seadanya.

Kini yang hanya tinggal adalah mainan politik dan drama AnWAR sahaja, tapi kalau terlebih sangat nanti naik fed up pula.

Wassalam.

Anonymous said...

Orang tamak selalu rugi.
Bila tamak & gelojoh, atur langkah pun dah jd tak betul..dan bila langkah tak betul cepatla tersembam kat tanah..ini yg jd pada si anWar skrg..

Saya bukan la penyokong tegar UMNO..yg mana UMNO buat tak betul saya bangkang..yg elok pada pembangkang saya sokong & hormat..pembangkang tu perlu tp biarla yg bole jd check & balance utk kerajaan bukan jd pembangkang yg menghuruharakan pemikiran rakyat mcm skrg ni sampai bangsa lain dah mula berani pijak kepala kita..Nak berpolitik pun biarla nampak cerdik skit..Kepada UMNO & PR, dlm duk pikir2 strategi next election, pikirlah jugak nasib our next generation..

p/s tak bukak blog ni sehari rasa mcm tak minum kopi pagi2..ada 'kick' semcm la bro :D

Yus

Anonymous said...

weii x-pkr!

ko nie tak abis2 la...lps satu, satu. anwar takde kat sini la, bila pulak dia buat perjumpaan ngan dia org. cukup2 la memfitnah.

x-umno

x-pkr said...

Mr. Singh...

amat setuju dgn sdra! tapi awas, 'drama' AnWAR slps ini pasti penuh dgn CGI bagi mengaburi mata masyarakat.

sdra Yus...

juga amat setuju dgn sdra. Yg salah ttp salah, yg benar kita tegakkan!

masa depan generasi seterusnya diwarisi dari kekuatan kita skg. pimpinan parti melayu dan islam wajar memikirkannya.

thnx bro...cuma kdg2 tak sempat update jika terlalu sibuk. Hidup perlu diteruskan bro!

x-umno....

AnWAR tiada dlm negara? ha..ha..ha,, sdra yg ketinggalan nampaknya! baik sdra periksa betul2!

kita perlu jujur dan bertanggungjawab terhadap apa yg kita lakukan.

Anonymous said...

barua umno ghupenye
uweks!

x-pkr said...

anonymous....

emosional ker? ha..ha..ha, jgn serik singgah yer!!

Lin said...

sdr x-pkr

dalam kita menyuarakan sesuatu kebenaran atau melakukan sesuatu pekerjaan... lakulah dengan mengikuti hati dan matlamat yang sdr ingin capai selagi ianya bertujuan untuk kebaikan umum dan islam sejagat...

pasal kutukan dan celaan orang janganlah diambil kira sangat...
kumpulan ini kala tak ikut lehendak mereka nescaya mereka akan kutuk dan kalau kena dengan kehendak mereka maka mereka akan sokong...
jangan layan sangat orang yang telah buta pintu hati mereka...

orang seperti ini sudah putus harapannya...

teruskan usaha saudara

salam

Unknown said...

saya akui saya meminati DSAI akan tetapi sekarang ni saya sangat membenci teramat sangat kepada mereka yang sah munafiknya.. cakap hari ni.. esok kata lain.

Kerana taktik Anwar la.. BN menggunakan taktik utk jahanamkan Perak.. taktik yang bodoh lagi bahlul.. bila mana PKR kata... itu hanya kerelaan ...tp saya rasa itu satu pembohongan yang nyata dan jelas. Bila DUN kembali kepada BN .. Najib dipersalahkan,,, Ye mmg Najib salah..tp sapa yang memulakan hal yang demikian..

DSAI .. anda da tua.. bawak2 la bertaubat sebelum malaikat maut menjemputmu.. Istilah perjuangan anda tidak telus malah merosakkan bumi Malaysia tercinta. memporak perandakan ulama dalam PAS.

Hanya Allah Maha mengetahui apa yang anda lakukan.. Ingat.. mahkamah dunia anda boleh lepas.. akhirat mmg pasti tidak lepas. Pintu taubat masih terbuka.. Bertaubat la

Unknown said...

kepada DSAI.. bertaubatlah.. pintu taubat masih terbuka untuk mu. jangan jadi seperti Yahudi dalam masyarakat Malaysia.

Melaga2kan ulama dalam PAS. Jangan kata saya taktau.. Ye mmg saya tidak tau.. tp Allah Maha Tahu..

Bukan nak memfitnah atau mengada-adakan cerita. Kembalilah kepada Allah. Jangan membuat taktik yang hampeh.. bila mana lawan anda buat { BN } anda kata jijik.. kotor dan sebagainya.. Tp tidak pada dirimu DSAI..

Bertaubatlah pada Allah.. itu je pesanan saya

x-pkr said...

ibnu sulaiman.....

kita tidak perlu menjadi spt org yg kita tuduh. jika ini terjadi, tiada bezanya antara kita dan mrk!

salam perjuangan.

Anonymous said...

hebat blog bro ni.mana dapat smua info yg cantik, menarik dan tertarik ni?

reka sendiri ke? ekeke

SiamangBukit said...

Saya pernah menjadi penyokong Anwar semasa zaman reformasi. Saya keluar sebab terlihat bagaimana taksubnya penyokong mereka2 ketika itu. Maklumlah Anwar kan pendebat hebat sejak dari sekolah menengah lagi. Saya sarankan pada mereka yand tidak menyokog PKR jadilah anggota bebas tidak payah masuk UMNO sekiranya masih meragui pejuangan UMNO.

x-pkr said...

siamang bukit....

umno amat 'alergik' di kalangan anak muda! pimpinan umno harus peka tuntutan skg serta tidak harus terlalu nostalgik dgn jasa lampau.

fahami aspirasi anak muda sambil membimbing mereka melalui contoh teladan berkualiti.

anak muda seharusnya tidak mengabaikan UMNO krn ia lahir dari tujuan yg baik.

momokan bobrok dari AnWAR harus disiasat dgn teliti tanpa prejudis. persepsi yg menjauhkan anak muda dari UMNO sdgkan realitinya UMNO masih punya ruang utk diperbaiki oeh yg amanah.

saya setuju agar kekal bebas, namun kajilah dgn rasional sebelum buat keputusan krn perjuangan perlukan 'kenderaan' yg mantap.

lebih bermakna jika kita jadi sebahagian dari unsur yg memantapkan.

salam

antianwaribrahimdotcom said...

kami di sarawak meluat tengok anwar datang sarawak.

dia datang dengan cara bermuka2 seolah2 dia tahu selok belok tentang sarawak.

tinjauan politik yg dilakukan org melayu sarawak menolak anwar and the geng. hanya yg buta hati sahaja yg msh ikut telunjuk anwar.

kami di sarawak masih yakin anwar bersalah dalam kes liwat yg akan disebut julai nanti!

sama2 kita humban anwar dalam penjara sungai buluh!!!!!

moga malaysia kembali aman dan damai.

kerana anwar bumi malaysia huru hara!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

x-pkr said...

antipkrsarawak,,,

syabas! btg air telah membuktikannya. rapatkan barisan, mantapkan perjuangan.

jgn lalai dgn helah AnWAR. gerak kerja perlu diteruskan mengekang lawan di sana.