2. Jika benar seperti jangkaan, saya merasa AnWAR akan mengorbankan beberapa nama demi memastikan kesinambungan momentum politiknya sekaligus menukar wakil rakyat PKR kepada muka baru yang akan patuh segala arahan. Beliau ‘memburu’ ADUN kerana tidak mahu mengorbankan ahli parlimen pembangkang yang ‘kuat’ di Parlimen. Kawasan dipilih pula tentunya kubu kuat pembangkang!
3. Pastinya AnWAR mempertaruhkan kawasan PKR kerana beliau tidak boleh menganggu kawasan DAP dan PAS. DAP sekarang cuba dipancing AnWAR untuk mengorbankan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan, namun tidak disenangi pimpinan tertinggi DAP. DAP cuba menonjolkan ‘imej’ professional serta tidak mahu terlalu banyak bermain politik.
4. Saya menjangka AnWAR akan ‘melacurkan’ PAS pula selepas ini jika pemimpin pro AnWAR menguasai PAS dan AnWAR pula akan menguasai mereka. Setakat ini AnWAR belum mahu menganggu ADUN-ADUN PAS untuk menunjukkan beliau kononnya sungguh menghormati golongan ulama’ dalam PAS. Antara nama ADUN-ADUN PKR yang bakal ‘disembelih’ AnWAR bagi p/raya kecil adalah seperti berikut:
i. YB Badrulhisham Abdullah – ADUN Plbhn. Klang.(Selangor)
Beliau merupakan ADUN PKR yang bermasalah. Prestasinya di nilai sebagai 0 (kosong) oleh pasukan penilai wakil rakyat PKR. Pernah pula dikaitkan dgn UMNO dan diura-urakan sbg antara ADUN yg akan melompat ke BN. Dilaporkan pernah ditangkap khalwat namun menafikannya.
Hubungan ‘dingin’ beliau dgn org-org AnWAR di Selangor adalah punca utama mengapa beliau berada dalam senarai utama wakil rakyat yang bakal dikorbankan AnWAR.
ii. YB Elizabeth Wong – ADUN Bkt. Lanjan (Selangor)
Popular dgn ‘aksi panas’ beliau yg dirakam, namun mendapat sokongan penuh pemimpin PAS. YB Eli merupakan pilihan terakhir AnWAR utk dikorbankan. Namun jgn alpa dgn sikap AnWAR yang sanggup mengorbankan sesiapa saja jika terdesak.
iii. YB Mat Suhaimi Shafiei – ADUN Sri Muda (Selangor)
Bekas ‘orang kuat’ Angkatan Muda (AMK) PKR. Tidak sehaluan dgn pimpinan AMK Selangor dan pusat, sekaligus tidak sebulu dgn ‘orang kuat’ Selangor, Azmin Ali. Pernah dikaitkan dgn Ezam, namun menafikannya. Prestasi YB Suhaimi sbg ADUN tidak memberangsangkan serta dituduh ahli PKR mengabaikan kebajikan mereka.
Diberitakan tuduhan ini datang dari kelompok YB Xavier Jeyakumar, EXCO Kesihatan Selangor yang marah ura-ura YB Suhaimi ingin mencabar Xavier sbg Ketua Bahagian PKR dalam pemilihan PKR akan datang.
iv. YB Tan Wei Shu – ADUN Bakar Arang (Kedah)
ADUN PKR Kedah ini dikatakan tidak lagi sebulu dgn sikap AnWAR yg terlalu byk bermain politik. Dijanjikan AnWAR sbg org no. 1 PKR Kedah, namun janji tinggal janji saja buat beliau. Kecewa dgn sikap AnWAR yg lebih mengutamakan wakil tunggal DAP di DUN Kedah.
AnWAR pernah menuduh YB Wei Shu pernah mengadakan rundingan dgn BN bagi melompat parti, namun dinafikan YB Wei Shu kerana beliau amat komited dgn PKR. Bagi YB Wei Shu, ini adalah rancangan jahat AnWAR yang mahu mencemarkan imej beliau serta menyingkirkan beliau dari kepimpinan PKR Kedah.
v. YB Mohd. Radzhi Salleh – ADUN Lunas (Kedah)
EXCO Kerajaan Negeri Kedah dari PKR. Diberitakan tidak ‘ngam’ langsung dgn exco-exco lain di Kedah hingga peringkat ‘bercakap bila perlu shj’. Mengkritik PAS secara terbuka di program kerajaan negeri.
Punca utama kemarahan beliau adalah kerana MB Kedah lebih mendengar cakap AnWAR dan kuncu-kuncunya di Kedah spt Johari Abdul dan Saiful Izham (ketua AMK kedah) sedangkan mereka berdua tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Kedah.
AnWAR dlm rangka mengurangkan pengaruh YB Radzhi dengan menonjolkan org suruhannya spt Johari, Ahmad Kassim dan Saiful dalam pimpinan PKR Kedah.
vi. YB Lim Soo Nee – ADUN Kulim (Kedah)
AnWAR juga mengatakan YB ini pernah mengadakan rundingan dgn BN, namun YB Soo Nee menafikannya. Bagi beliau, hubungan rapatnya dengan rakan-rakan BN tidaklah hingga mengorbankan prinsip perjuangannya dalam PKR sejak mula lagi.
YB Lim Soo Nee komited dgn PKR serta pernah menyatakan tertarik dgn konsep harmoni pelbagai kaum dlm PKR yang menariknya menyertai PKR. Kini hubungannya dgn AnWAR tercalar ekoran tuduhan AnWAR yang merendahkan martabatnya sbg seorang wakil rakyat. Kini menanti masa untuk dikorbankan AnWAR.
Hubungan wakil rakyat tersebut dgn AnWAR dan kuncu-kuncunya adalah punca utama AnWAR mahu mengorbankan mereka demi kelangsungan politiknya. Prestasi merupakan soal kedua bagi AnWAR, ianya tidak penting samasekali tapi sering diguna AnWAR sbg alasan menghalalkan tindakannya. Nyata AnWAR seorang ‘political animal’! Beliau akan memanjat, menunggang, memijak dan menyembelih rakan sendiri demi tuntutan cita-cita politiknya.
Salam Hormat.
24 comments:
satu ramalan dan ulasan yang menarik. Ada logiknya dan kita sama-sama saksikan adakah ramalan saudara benar belaka. Kalau tidak tepat sipi-sipi pun dah kira ok.
sdra Amirhamzah..
AnWAR mencatur segalanya demi kepentingan politik beliau! saya kuat merasakan AnWAR akan mencatur wakil rakyat Selangor dlm jangka masa terdekat!
jika keputusan di Penanti spt yg tidak diharap AnWAR, beliau akan tarik hand brake kejap lalu fikir strategi lain pulak...
itulah AnWAR, main politik memanjang!!
TQ
ulasan saudara terlalu detail dan hebat..tp susah hendak percaya..sekarang ramai rakyat diluar sana sedang tunggu dan lihat..insyaallah jika benar lah kenyataan tuan rakyat seperti kami akan mgundi bn balik..
sdra kefful ahnuar...
nilaikanlah dgn hati dan minda terbuka, saya sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman dgn semua...
moga sdra terus menyokong saya. TQ
Memang saya lihat Pak Sheikh akan mulakan perang sarafnya sehingga PRU13 nanti.Apa yang dikatakan memang ada kebenarannnya kerana kualiti pemimpin PKR tidaklah hebat dan mempunyai banyak masaalah.Kita tunggu dan lihat selepas PENANTI.
Saya yakin ALLAH S.W.T telah menetapkan segalanya dan saya tak nampak PAK SHEIKH akan pergi jauh selepas ini kerana beliau akan melakukan kesilapan demi kesilapan dan dengan sendirinya tembelang beliau akan terbongkar.
aku ni bukan la penyokong anwar , tapi dari cara saudara ni menulis nampak sangat saudara ni dah ke arah menfitnah..jujur sangat ker pemimpin pemimpin kerajaan sekarang ni? saya tak la cakap pembangkang tu bersih sangat tapi perlu lah ada keseimbangan dalam satu satu penelitian atau pandangan..takat main cakap jer, tak guna juga bro..
tukar color lah boss..pening mata boss...
sdra kamarul....
hanya ALLAH saja apa pasti berlaku di masa depan, kita mampu berdoa dan berusaha!
AnWAR hanya mampu merancang namun ALLAH jua yg menentukannya...
Pak Leman,
nilailah sendiri, saya sekadar berkongsi maklumat & pengalaman.
saya setuju dgn pak leman, pemimpin kerajaan tidaklah jujur semuanya, sama juga dgn pemimpin PKR, PAS dan DAP. rakyat semakin matang menilai. jika kita boleh dgr pemimpin kerajaan korup, maka kita jua perlu terima kenyataan pemimpin pembangkang tak kurang hebatnya mencari kekayaan sendiri!
cuma dlm ruangan ini saya fokus dgn AnWAR berdasarkan pengalaman saya dgn beliau. saya tidak punya pengalaman dgn pemimpin kerajaan.
TQ
boss...
nanti saya usahakan, tak familiar lagi dgn setting blogspot nie..
memang anwar dah gila pilihanraya.., merosakan negara, elok cepat2 disumbat kedlm penjara
medan info....
Penjara? ha...ha...ha!!! good idea!!!
Satu tulisan yang sangat menarik dan diharap segera menjadi kenyataan. InsyaAllah.
mcm x percaya,tapi x mustahil
sdra achmed kamal...
ALLAH maha segala...DIA penentu segalanya
inilah die si anwar...main politik memanjang...
insyaALLAH kerusi2 tu akan terus bersama pakatan rakyat...Bak kata x-pkr, Allah penentu segalanya...
Salam Saudara,
YB Mat Camera Kelana Jaya Anwar tak nak korban ke? Si mamat tu memang patut pun makan penumbuk je.
anwar mmg mcm babi!!
sdra singh...
AnWAR hanya nak cuba p/raya di DUN, itupun yg dia rasa PKR kuat n boleh menang...abt Mat camera tu, AnWAR suka org mcm nie, tak melawan dia, ikut ckp jer...
AnWAR tak nak ambik risk hilang satu seat PKR di Parlimen!!!
Brother Anwar Bin Ibrahim (take note of the capital letters)
anti-PKR
salam saudara ku x-pkr
dari cara sdr melakarkan hal ehwal yang berlaku menunjukkan bahawa sdr mempunyai hubungan dalam pkr...
walaupun sesetengah orang akan berkata saudara hanya pandai membuat ramalan atau terlahan tapi menurut firasat saya kemungkinan besar apa yang saudar perkatakan itu memang ada kebenarannya hanya mereka yang tidak mahu melihat anwar jatuh sahaja yang akan mengatakan saudara cakap kosong...
dalam masayarakat kita hari ini memang susah untuk diberi penerangan mengenai kerakuhan seorang pemimpin yang dikasihi...
sebagai contoh pak leman mengaitkan kenapa sdr tak cakap pasal pemimpin bn... jawapannya kalau nak tengok ulasan pasal pemimpin bn jangan masuk sini pergilah blog yang kutuk bn..
saya bersama saudara dalam usaha memberi penerangan kepada umat melayu islam mengenai penipuan dan kerakusan politik anwar..
salam untuk saudara
laaa.....dah berkampung kat cni plak x-pkr nie..aku ckp! sudah2 la. sumer wakil rakyat yg ko sebut tu x-umno, aku kenal. pasal tu kalo dah ketagih taik, tak dpt mkn, ciun pun jadik ler..
depa nie sumer dah kena kantoi ngan Anwar, pasal tu anwar nak buang depa, cari org yg lebih baik. salah ker nak berubah ke arah yg lebih baik!!
x-umno
ntah sapa (anonymous)...
tiada sekatan terhadap komen2 yg berikan, namun saya berharap kata-kata yang lebih bersopan!
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA!!
sahabat saya tungaklangit...
saya amat hargai komen sdra. ini kelebihan saya yg sedikit krn mengenali dan menyedari siapa anwar ibrahim, manusia yg penuh dgn tipu helah mencapai cita-cita peribadi.
saya amat setuju dgn sdra, mmg susah kita memahamkan kpd penyokong anwar yg tegar bhw anwar nie juga manusia biasa, tidak lari dari membuat kesilapan. Namun kita perlu terus gagahi kudrat kita utk buat mereka sedar.
t/kasih atas sokongan yg berterusan!!
x-umno,,,
salam buat sdra dan selamat bersemuka di blogspot. mmg kita dituntut berubah ke arah yg lebih baik, namun tidak perlu hipokrit dan double standard!!
knp ADUN perlu terus disimpan? digunakan pulak ulama' menghalalkan tindakan Anwar? saya juga menanti pujian sdra terhadap UMNO dan BN yg sanggup melakukan perubahan ke arah kebaikan, spt saya juga memuji PAS dlm bbrp langkah mereka membuat kebaikan.
sdra juga byk menyerang saya sblm ini, namun saya mendoakan sdra juga akan berubah ke arah kebaikan.. Ameen
Salam,
cara saudara menjawab komen menunjukkan tahap kematangan saudara yg tinggi..tidak emosional bila diprovok..
saya hormati perjuangan saudara..InsyaAllah kebenaran lambat laun akan tersingkap jua..
"Berjuang demi agama & bangsa, bukan hanya kerana taksub pada pemimpin"
Yus
sdra yus...
saya amat hargai pandangan sdra. Pesanan yg amat baik buat diri saya. saya sentiasa harapkan sokongan serta teguran yg berterusan!
Post a Comment