Sunday, May 3, 2009

AnWAR&PAS PTG. PAUH

AnWAR menunjukkan sikap hipokritnya ketika mengulas kesediaan PAS Ptg. Pauh untuk turut meletakkan calon dalam p/raya DUN Penanti nanti. Saya memetik kata-kata AnWAR dalam portal berita internet sebentar tadi.

Kata AnWAR:

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat bahawa mereka bukan sahaja bersetuju, tetapi menyokong sepenuhnya pilihan PKR, Mansor Othman untuk bertanding di Penanti,” katanya selepas merasmikan bilik gerakan Wanita PKR Permatang Pauh di Sungai Semambu semalam.

Tambah Anwar, beliau telah menemui Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman petang semalam.

Ulasan saya:

AnWAR selama ini tidak mendapat sokongan padu dari PAS Ptg. Pauh. Beliau hanya menggunakan YB Hamdan ADUN Ptg. Pasir dari PAS bagi mengaburi pandangan umum bahawa PAS menyokongnya di Ptg. Pauh.

Pimpinan PAS kawasan Ptg. Pauh sememangnya tidak menyokong AnWAR selama ini. Semasa p/raya kecil Ptg. Pauh yang lalu, jentera PAS kawasan memboikot kempen AnWAR. Hanya pemimpin tinggi PAS hadir berkempen untuk AnWAR.

Dalam pemilihan PAS Ptg. Pauh sekitar tahun 2005-06, kumpulan YB Hamdan tewas dalam semua jawatan utama PAS kawasan, sedangkan beliau adalah wakil rakyat di sana. Jawatan YDP Ptg. Pauh dimenangi oleh En. Omar Hassan yang kekal sebagai YDP hingga kini.

Ini ‘signal’ ahli PAS Ptg. Pauh yang menolak AnWAR sejak dulu lagi. Dalam p/raya umum 2008, ada usaha menukar calon PAS menggantikan YB Hamdan. Penyokong PAS mahukan Mat Sabu mewakili mereka menggantikan YB Hamdan.

Namun AnWAR campurtangan meminta PAS pusat mengekalkan YB Hamdan. Diketahui umum AnWAR masih berdendam dengan Mat Sabu dan Mat Sabu juga tidak pernah menyokong AnWAR selama ini. Hubungan mereka nampak baik di permukaan sahaja namun bergelora di dalam.

Jika Mat Sabu dicalonkan di Ptg. Pasir dan menang semasa p/raya 2008, tugas AnWAR ‘mengawal’ saki baki penyokong PAS pasti menemui jalan buntu. Maka itu AnWAR mencari jalan, walau apapun, YB Hamdan perlu dikekalkan demi kesinambungan politik AnWAR di Ptg. Pauh.

Luka 2008 itu masih belum sembuh hingga kini. Betul AnWAR mendapat sokongan pimpinan tertinggi PAS, namun perlu diingat, mereka bukan pengundi di Penanti nanti. Penyokong PAS akur kepada dengan keputusan pimpinan tertinggi mereka, namun tetap menolak AnWAR.

Semasa AnWAR mengumumkan calon bagi p/raya Penanti, tiada seorang pun wakil PAS. Jika ketua PAS Pulau Pinang punya urusan lain yang lebih penting dari AnWAR, apakah makna itu? PAS Ptg. Pauh sepatutnya juga menghantar wakil, namun tidak berbuat demikian!

AnWAR kata ini masalah kecil dan telah menemui Ustaz Salleh Man, Ketua PAS Pulau Pinang dan YB Hamdan.

Ustaz Salleh Man tidak mewakili PAS Ptg. Pauh, beliau dari Tasek Gelugor. Permintaan beliau agar PAS Ptg. Pauh mewakili beliau malam itu juga tidak diendahkan orang PAS sendiri. YB Hamdan? Beliau tidak punya pengaruh langsung dalam PAS Ptg. Pauh. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa.

Maka terkial-kial lah AnWAR menjawab persoalan mengenai ketiadaan wakil PAS semasa pengumuman calon oleh AnWAR. Pelbagai alasan dicari demi menutup kelemahan. Jawab AnWAR, jangan tak jawab….

Salam Hormat.A

3 comments:

Lin said...

semoga ulasan saudara mendapat perhatian dan membuka hati penyokong pas permatang pauh yang bakal mengundi nanti

sekiranya jelas anwar tidak layak menjadi pemimpin makan tolaklah beliau kerana kita akan dipertanggungjawab atas pemilihan kita kita itu kelak..

salam

PARPUKARI said...

BRO, UR THE BEST! EMAIL LA SAYA KALAU ADA APA2 ISU NAK HIGHLIGHT! PARPUKARIS@GMAIL.COM

x-pkr said...

tungaklangit..

saya optimis PAS akan lebih baik tanpa AnWAR serta sentiasa harap PAS akan kembali kpd perjuangan asal bersama UMNO dulu!

bro parpu...

all d best 2 u 2. t/kasih atas sokongan berterusan!!