Tuesday, May 19, 2009

AnWAR TERKEDU BEB !

1. AnWAR terkedu dengan tindakan BN tidak meletakkan calon di Penanti. W/pun ada angin-angin menyatakan BN tidak mahu bertanding, AnWAR berulang-kali memberitahu peyokongnya, "at any cost" BN akan tetap meletakkan calon di Penanti. Lawatan Datuk Zahid Hamidi ke Penanti Ahad lalu menyebabkan AnWAR tambah yakin BN akan lawan di Penanti.

2. AnWAR tersentak apabila Pengerusi BN mengumumkan tidak turut serta di Penanti nanti. Secara sinis DS Najib mengatakan banyak lagi keperluan yang perlu didahulukan selain tidak mahu "menari ikut rentak pihak lain". AnWAR benar-benar tidak menyangka BN sanggup mengorbankan kredibiliti sebagai parti memerintah di peringkat pusat dengan tidak meletak calon.

3. Seperti biasa, AnWAR tetap 'control macho'. AnWAR pusing cakap lagi dengan menyatakan BN/UMNO akan menaja calon bebas bagi menghadapi PKR di Penanti. Sekonyong-konyong AnWAR berjaya menutup 'rasa malu' beliau di hadapan penyokong kerana salah perhitungan kali ini. Maka bertepuklah penyokong 'pak turut' di Taman Medan semalam apabila AnWAR berkata begitu.

4. Untuk rekod, BN pernah tidak bertanding dalam p/raya kecil 1975 di Mengelembu, Perak. Pembangkang juga pernah berbuat demikian pada tahun 2006 di Batu Talam. Ketika itu AnWAR mengusulkan pembangkang tidak menyertai p/raya tersebut atas alasan tidak mahu membazir wang rakyat dan macam-macam lagi. Tujuan sebenar AnWAR ketika MAHU mencalar imej BN sahaja.

5. Sekarang imej AnWAR tercalar kerana BN tidak menyertai p/raya Penanti. Ironinya, taktik sama diguna BN mengenakan AnWAR kali ini. AnWAR boleh ke sana ke mari 'melaung' BN tak berani la, takut la atau apapun. Jauh di sudut hati AnWAR pasti mengakui beliau telah terkena kali ini. Lebih perit, AnWAR terkena atas permainan yang dimulakan oleh beliau sendiri.

6. Lawan AnWAR kini semakin matang menghadapi beliau. Tindakan 'luar kotak' BN kali ini membuat AnWAR memikir kembali hasratnya mengadakan beberapa siri p/raya untuk tujuan peribadi. AnWAR pasti runsing memikirkan lawannya kini 'membaca' setiap gerak langkahnya. AnWAR pasti lebih runsing lagi memikirkan apabila beliau kini 'dikepung tanpa pagar' apabila setiap pergerakannya disekat tanpa beliau nampak pagar yang menyekatnya.....

Salam.

32 comments:

nasdin said...

bro x-pkr,,,,

yezza....Bt. Talam ! masa tu anwar berkokok boikot PRK tu, merah juga muka BN dimalukan AnWAR.

ada ubi ada batas....skg anwar dah kena getah, jerat yg dia pasang sendiri. kat Perak dulu pun sama !

tak de ler hebat mana pun anwar nie! dengo nyer kemain hebat lagi....

Moral of the story: buat jahat dibalas jahat, w/pun org yg membalas tu bukan org yg kita buat!

Buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali !!!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro,

Jangan ingat orang bodoh sampai bila-bila. Sepandai-pandai kita membohong orang akhirnya tembelang kita pecah juga. Kalau dah lama kita buat kerja bohong sekali pecah melantong busuknya.

MPP said...

Salam bro X.

Nuar nak kenakan Tok Jib, tapi last2 sendiri yang terkena.

Meroyan pulak laa Nuar lepaih ni nak mengadap kes liwat dia.

Silap2 dia pi nyuruk kat kedutaan Turki lagi.

Hehehehe...

Lawyer Garang said...

bro x-pkr,

luv your postings, bravo!
yr blog real power with info, congratz, hope to get more x pkr that can expose more wrong doings of anwar & pkr....

we need more blogs like gap & info corner. i guess x pkr must have link w those guyz.....

najamarine said...

hambik ANwarIBragim...

dahh...lihatlahhh..
kenape nak ikut rentak ANwarIbrahim ni??takde faedahnye..sebelum ni selalu sangat BN di jerat ANwarIbrahim.

bertemulah buku dengan ruas,dengar je la ceramah dia pasni.pusing sane,pusing sini..biarkan pengikut dia semakin dungu,di buta tulikan..biarkannn..bukan ramai pun..sekerat tu je dah kata majoriti rakyat..

p/s teringat mase ceramah DSAI ni kat johor,pengunjung yg ramai bukan dari penduduk setempat.siap import org luar untuk tunjuk ceramah2 diaorg penuh sokongan penduduk setempat...memalukann

kesiannn...

x-pkr said...

sdra nasdin,,,,

amat setuju dgn sdra !

sdra amirhamzah64,,,

ya...benda diperam lama mmg busuk ! takut mrk sendiri tak tahan nanti, hahaha.

En. che_wan,,,

saya percaya lawan AnWAR kini juga bukan calang-calang orgnya!

Lawyer Garang,,,

saya sendiri gerun dgn nama tsb. hihihi...gap dan info-kita adalah sahabat 'maya' saya.

saya masih menanti undgn mrk utk makan tghri bagi berkenalan dgn mrk!

1Malaysia said...

berperang bukan sentiasa menyerang..sesekali kena undur setapak untuk rancangan seribu tapak...bila undur setapak gelabah musuh ..emosi bergelora...pening nak buat apa NEXT

Generasi Muda Tikam Batu said...

bro, teruskan dengan berita yg sensasi dan londehkan PKR yg serba tak malu nie...

Frodo Baggins said...

Bro X .... saya kopi pasta bleh? kank bg kredit kat blog bro-x.

salam

x-pkr said...

The Hobbit Frodo,,,

silakan...

1Malaysia,,,

pemikiran mesti di luar kotak, strategi perlu bijak agar jgn terjebak!

cg's,,,

bila terlondeh, pasti ramai yg lari! tak sangka AnWAR punya.... hahaha !!!

Anonymous said...

lepas ni berperang la pkr dengan dap kerana tak sehaluan lagi. hee...he...he..

Anonymous said...

lepas ni berperang la pkr dengan dap sebab tak sehaluan lagi. tak percaya tengok la........

Anonymous said...

tahniah bro..info yang hebat..x faham macam mana org boleh ikut AnWAR nie.. Bohong sana bohong sini..iskh..Apa pun diharap dapat selongkarkan dan londehkan keburukan AnWAR nie biar 1 Malaysia malah 1 dunia tahu siapa dia..thanks bro

antianwaribrahimdotcom said...

salam bro...

anwar cuba main tarik tali tp najib tak nak..

takde yg sudi menari ekot rentak anwar.

cuba kita semua perati muka anwar, mcm takde iman. tak bersih. org serawak kata KEMAIK.

kecian pak anwar yeak...

najib bijak pilah kepala anwar.

tak sangka, otak tok najib boleh buat batu cincin!!!

x-pkr said...

anon2,,,,,

thnx...t/kasih sudi mampir !

antipkrsarawak,,,

AnWAR kena buku dgn ruas kali nie.. !

Anonymous said...

baca ni, best....

http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/05/surat-untuk-anwar.html

Anonymous said...

tuan,

ada lagi xadun pkr nak keluar parti selepas ni?

x-pkr said...

kefful ahnuar,,,

AnWAR tak mahu syok sendiri, gendang p/raya beliau tidak bersambut, makanya rancangan beliau pasti ada sedikit perubahan !

BiarAkuBerterusTerang said...

salam bro x..

dulu aku x bleh langsung tengok muka mamat perosak tu,asal nampak jea muka dia panas 1 badan,tp skrang tengok muka dia rasa lain lak,tergelak tahap gaban jea bila tengok muka mamat tu,kelakar abih..mengelabah,mengelupor dah mcm cencurut pulang petang dik libasan pari maut bro najib..

tabik spring kat lu bro x..tepat,padat dan terkini..bravo bravo..

Cheguman said...

Memang frust bila orang tak layan. Banyak lagi kejutan yang akan diterima oleh Anwar. Tunggu...

UMNO Cawangan Bukit Ampang said...

Anwar berjaya merosakkan anak bangsa.Itu sahajalah kejayaan yang dia perolehi.salam dari kami.

www.umnobktampg.net

x-pkr said...

bro rauna,,,

ayuh terus kepung AnWAR !

cheguman,,,

tepuk angin la dia....sampai bila pun tak bunyi..

umno caw bkt. ampang,,,

usaha lebih kuat !

Anonymous said...

tahniah bro..

hari tuah ader terbacer..suarablog utusan malaysia..ader quote tulisan bro..

hebat..and congrats..

mahazalim

Anonymous said...

ALA BIASA LA SI ANWAR TU. DIA MEMEMNG KAKI TEMBERANG. SIAPA TAK KENAL DIA.BUKAN JER TEMBERANG, PEMBOHONG, PENIPU, PEMBELIT, SEMUA DIA LAH..AKU RASA MESTI DIA TAK HADIR MASA PERBICARAAN. CABUT PEGI JUMPA KAWAN2 YAHUDI DIA MINTAK TOLONG SI ZIONIST. DIA KAN KAWAN BAIK PUAK2 PRO ZIONIST. SEBAB TU PKR SENTIASA ADA DUIT PASAL ZIONISTS BAGI DUIT KAT DIA ORANG.

x-pkr said...

mahazalim,,,

Thnx

PARPUKARI said...

Bro! U memang the best la. Anwar baca artikel u ni mesti dia termuntah kunyit punya!

Well done bro! Teruskan usaha anda lagi. Tq for RPK punya artikel bro.

PRHEBAT said...

Yang mengelabah adalah UMNO...

Memang UMNO sekarang sudah dayus dan bacul...

Bukan takut nak bertanding tapi takut hilang deposit di Penanti, lagi malu besar....

Eloknya dalam PRU13 nanti pun tak usah letak calon... lagi senang.. tak ada nak membazir wang rakyat.. biar PR memerintah, itupun UMNO akan dapat faedah juga dari Pemerintahan PR... Bukan macam UMNO/BN, bila memerintah Pembakang dinafikan hak...

Kesian aku tengok UMNO/BN yang tak ketahuan hala dan punca ni...

x-pkr said...

PRhebat,,,

tenang ! kehadiran anda dialu-alukan. Pandangan anda dihargai.

balasan atas perbuatan sendiri bukan kpd BN shj, Pembangkang juga pasti akan terkena balasan. Kita sama-sama manusia, pasti melakukan kesalahan dan menerima pembalasan.

pembangkang bukan maksum dan suci. Ingat ! saya telah nyatakan 2006, p/raya Bt. Talam, bila AnWAR anjur utk boikot.

skg mungkin pembalasan utk pembangkang. perlu muhasabah diri!

Anonymous said...

Bro X,

Wa Caya Lu....
TQ V Much for objective info

Salam,

from,
pencinta kedamaian abadi
Not huru hara.....

Ashe said...

dah tau nak kalah tak payah la bertanding kan. nanti kalau perka ada pilihanraya nengeri pun bn tak payah bertanding lah. dah tau kan kalah teruk kan?

x-pkr said...

Ashe,,,

ahlan, pandangan berbeda dialu-alukan.

jumpa di Kelantan! ni baru tuntutan demokrasi, bukan manipulasi demokrasi.kalah menang adat demokrasi!!!

TBO said...

he he manik urai Najib umumkan BN tak bertanding sebab nak jimat duit rakyat, rakyat diutamakan ha ha caya lah jib