Monday, May 25, 2009

BORIA AnWAR SEPI DI PENANTI

1. Penamaan calon bagi p/raya kecil Penanti telah 3 hari berlalu. Suasana di sana amat tenang, tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Tiada provokasi dari mana-mana pihak. Tiada ejek mengejek antara parti. Kehadiran penyokong parti bertanding juga amat sederhana.

2. AnWAR hadir mengiringi calon PKR, En. Mansor Othman. Seperti biasa, beliau tetap tersenyum dan melambai ke arah penyokong. Cuma bezanya kali ini, AnWAR hanya melambai dan tersenyum ke arah penyokong sendiri. Kali ini AnWAR tidak dapat ‘menyeberang’ ke kawasan BN dan bersalaman dengan peyokong BN.

3. W/pun tersenyum girang, jauh di sudut hati AnWAR terasa tiada ‘kemeriahan’ pada hari penamaan calon kali ini. Tiada ruang untuk AnWAR mempamerkan mutu lakonan beliau yang ‘1st class’ itu. Tiada orang BN tempatan yang dapat disalam dan dipeluk AnWAR semata-mata mahu menonjolkan dirinya.

4.Tiada gurauan AnWAR dengan ketua-ketua UMNO cawangan tatkala ketua-ketua PKR cawangan memaki hamun BN sewaktu penamaan calon. Tempoh kempen selama seminggu pasti dirasakan terlalu lama buat AnWAR. Pasti AnWAR tidak ghairah mencabar BN membuat itu dan ini.

5. AnWAR berhempas pulas mencari isu bagi memancing liputan media. BN juga yang terus diserang w/pun tidak menurunkan calon. AnWAR tahu, tiada nikmat ‘membelasah’ calon bebas. Bagi membenarkan tindakannya, calon bebas pula dikata tajaan BN. Penyokong ‘buta’ AnWAR terus bertepuk tangan.

6. Tiba-tiba, tumpuan kini telah beralih ke p/raya kecil di Manek Urai, Kelantan. Secara prinsipnya BN akan bertanding di sana. Gendang perang di Kelantan telah mula dipalu. ‘Dikir Barat’ Kelantan lebih merdu dan enak didengar serta menarik perhatian. Tukang karut PAS dan BN telah mula mengarang cerita.

7. Ianya meninggalkan alunan ‘irama boria’ Penanti yang sumbang dengan AnWAR memutar ‘tape’ lama bagi menarik perhatian umum. Pasti juga pekan Penanti tidak sesak sepertimana p/raya yang lalu. Kebanjiran orang orang luar juga hanya berkisar di kalangan PKR sahaja. PAS juga lebih tertumpu ke Kelantan sekarang.

8. Semerdu manapun cubaan AnWAR mengalunkan irama di Penanti, ianya pasti sumbang. Pidatonya laksana mantera kali ini tidak memukau lagi. Pasti AnWAR tercari-cari jumlah pendengar yang kononnya ‘puluhan ribu’ setiap kali ceramah beliau. Pasti juga apa jua cabaran AnWAR dalam setiap p/raya tidak disambut kali ini.

9. Kesimpulannya, apa jua tindakan dan provokasi AnWAR di Penanti tidak akan bersambut. Kasihan! Umpama anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh, cuma anjing yang kepenatan…..tepuk ajelah sebelah tangan tu ya Pak AnWAR, entah kapan akan berbunyi………

4 comments:

denaihati said...

kesian pulak PAK AnWAR ni...tapi kadang fikiq2 pelik betul ada manusia macam ni...Pak AnWAR kata kat kawan Indon dia nak mesti jadi PM walau terpaksa masuk UMNO..

x-pkr said...

denai,,,

ka sana dia boleh auta la, kawan2 dia jusuf kalla nak tanding presiden, prabowo nak tanding naib (partner megawati), jadi dia pun tak nak kalah ckp....

AnWAR bro, mana boleh org lebih dari dia....

nasdin said...

x-pkr,

anwar ni nak jadi pak man telo ker? konon nak bagi semua org kaya, jual labu peram!

bagus gak taktik dia, tapi REFORMASI DAH BASI laaaaaaa

saplo182 said...

anwar bertalam2 muke dier.. huhu.. asal lar ade lagi yg tak sedar.. minom air kaki aljubori agaknye.. huhu