Thursday, May 7, 2009

DI MANA AnWAR?

Selesai 'drama' di Perak, sekurang-kurangnya buat hari ini. Kita percaya ada 'tangan ghaib' yang mengawal Siva dari belakang. Baik Siva, Nizar, Ngeh dan Ngar, pasti ada penasihat yang menyuruh mereka membuat itu dan ini.Justify Full

Tumpuan jangka pendek kini adalah menunggu hari Isnin depan berkaitan keputusan mahkamah. Sementara menuggu hari tersebut, pasti akan ada tindakan mencabar kesahihan Speaker baru yang di lantik oleh BN!

Kesannya terhadap imej negara amat buruk sekali. Pasti media-media asing akan menyiarkan berita Malaysia ini adalah negara polis! seorang sahabat saya yang kini di selatan tanahair terkejut dengan laporan Malaysia akan menggerakkan Ops Lalang bagi menangkap pemimpin politik yang tidak sealiran dengan kepimpinan negara.

Gambar yang disiarkan di TV negara tersebut seolah-olah bandar Ipoh kini dalam keadaan genting. Berlaku rusuhankaun di sana-sini. Perarakan yang dibuat pembangkang mencecah angka puluhan ribu orang. Aktiviti perniagaan terhenti akibat rusuhan yang sedang berlaku.

Hakikatnya, di Ipoh berlaku sedikit kekecohan. Keadaan hanya 'panas' di dalam dewan. Insiden pertikaman lidah, tolak menolak yang berlaku masih terkawal. DYMM Raja Muda Perak mengambil sikap yang tenang menunggu hingga BN dan pembangkang 'menyelesaikan' bisnes mereka.

Begitulah media asing! Memutar belitkan fakta agar masyarakat antarabangsa mengecam Malaysia, sedangkan faktanya tidak begitu. Pasti akan ada kenyataan dari pembangkang yang diperbesar-besarkan mengutuk negara sendiri...

Tentunya ada rakyat Malaysia sendiri yang akan menggerakkan media-media asing untuk memberi laporan negatif terhadap negara sendiri. Atas nama demokrasi, kebebasan bersuara dan kepentingan rakyat kononnya mereka akan berkokok proses demokrasi di Malaysia menuju zaman hitam....

Lantaran itu saya amat teruja menanti kehadiran watak utama yang bakal mengutuk Malaysia sehabis-habisnya atas nama demokrasi. Mari kita sama-sama menunggu kemunculan beliau dalam CNN, BBC, CNBC dan Al Jazeera. Siapa agaknya orang itu ya?

sama-sama kita nantikan.............

4 comments:

Anonymous said...

x-pkr,,,

lu ni menyibuk hal anwar apa hal? dia tau la buat keja dia...

mmg patut dia bising kat luar, abis tu media sini tak bagi ruang langsung. hentam seteruk-teruknya tanpa bagi ruang utk PR jawab semua isu.

keadilan itu bersifat universal, yg teraniaya wajib dibantu biarpun berlainan warna kulit, yg zalim wajar dilawan walau kuli sama warna.

x-umno.

x-pkr said...

x-umno...

t/kasih krn ikut sampai di sini. saya tulis mengenai agenda peribadi yg dilindungi prinsip keadilan.

saya setuju dgn fahaman sdra ttg keadilan, namun saya ragu ttg niat dan penglibatan AnWAR yg merencana sesuatu, yg menjurus ke arah kerosakan!

Lin said...

salam bro x-pkr

saya syukur saudara mampu membaca cara perang saraf anwar dalam dunia politik di malaysia..

biasanya anwar dan jauk2 nya akan menggunakan media barat hatta sanggup upah dan diupah oleh pertualang dari luar semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan bangsa sendiri...

dia ingat semua rakyat malaysia lupa yang dialah kaki kelentong dan suka buat ikut pintu belakang?

bagi yang menyokong anwar ni... biarkanlah sebab belum lagi terpancar cahaya kebenaran dalam jiwa mereka atau mereka sendiri tak nak lihat cahaya yang sedia terpancar sebab sudah buta hati mereka...

salam bro

x-pkr said...

bro tungaklangit...

t/kasih atas sokongan berterusan. anwar juga pernah melaungkan "kebenaran akan terserlah akhirnya", membuatkan kita terfikir, apakah tembelangnya skg itu sebahagian dari kebenaran yg terserlah?....